Wednesday, 20 February 2013

Allah adalah sebaik-baik penilai

Just want to share. Seorang lelaki mempertikaikan agama saya hanya kerana saya menceburi bidang undang2. Betulkan niat dan In sya Allah kita sudah di landasan yg benar sahabatku =)

Saya seorang pelajar undang-undang. Jadi saya banyak menerima pandangan serong daripada masyarakat. Ya. pandangan skeptikal sestengah masyarakat yang mudah melabel peguam sebagai bakal penghuni neraka. Disini saya kemukakan bbrapa hujah.

1) Ini adalah fardu kifayah sahabatku
Alasannya: masyarakat hari ini perjuangkan isu hukum hudud.
Padahal mereka tdak tahu efek yg bakal berlaku. Hudud itu 
adalah hukum Allah. Ya, ia perlu diguna pakai kerana ianya
adalah perintah Allah yg mana jelas terbaik untuk diguna pakai 
oleh masyarakat hari ini. Akan tetapi sekiranya semua muslim 
dan muslimah menolak utk mengambil tempat dlm sistem 
perundangan negara, bagaimana kita mahu mempraktikan 
hukum Allah ini pada masa akan datang? Saya percaya skiranya
majoriti drpada pengamal undang2 adalah orang kafir, mereka 
pasti akan menentang hukum ini drpd dipraktikkan. Jadi, ceburilah bidang ini demi kemaslahatan agama kita.

2) Kepentingan undang-undang dalam kehidupan kita
Sekiranya anda menentang undang-undang sivil, saya cabar anda untk tidak menggunakan undang2 sivil dalam kehidupan anda.
Sekiranya harta anda dicerobohi, jiran tetangga anda disamun. Saya cabar anda untuk tidak menggunakan undang2 sivil kerana sekiranya anda membuat report di balai polis, secara lansung anda akan diadili menggunakan undang2 sivil..Melalui perbicaraan di mahkamah dan diadili oleh hakim undang2 sivil. Jadi sanggupkah anda duduk berdiam diri setelah harta anda dirampas, maruah anda diragut dan tidak cuba mempertahankan hak2 anda? Saya yakin tidak. Jadi usah berbicara kalau ada sendiri tidak memahami fikrah akan sesuatu perkara. Jelaslah undang2 sivil bertindak sebagai pelindung kepada manusia. 

Sebagai muslim, saya akui terdapat bebrpa percanggahan jika dirujuk kepada Islam tetapi biarlah ianya ditanggung oleh penggubal undang2 tersebut yang tidak mempraktikkan undang2 islam dalam negara. Kita wajar mengikutinya selagi mana kita tidak mencadangkan rang2 yg bercanggah dengan Islam. Seseorg itu tidak akan menanggung dosa yang dilakukan oleh seorg yang lain.

Jadi, saya juga bercadang utk mengambil undang2 syariah juga nanti. Justeru itu, bolehlah dibuat keseimbangan antara keduanya dan memilih yang terbaik. Untuk melabel seseorang yg jelas berjuang untuk agama rasanya tidak perlu. Beradalah di tempat kami dan saya yakin anda sendiri tidak kan sanggup menanggung kepayahan dalam menceburi ilmu ini. Hanya betulkan niat dan in sya Allah akan dipermudahkan segala urusan. 
#Aku tidak pernah gentar bila dibenci manusia. Janganlah Allah yang membenciku =)



                                            May Allah SWT ease my journey. Insyaallah =)


Sunday, 20 January 2013

Disebuah persimpangan ini..

Assalamualaikum..

Hidup makin terasa makin sukar untuk dijalani..Bila kita berhadapan dengan keadaan yang memaksa kita memilih sesuatu yang begitu penting dalam kehidupan.. Sumpah pada saat ini saya benar2 keliru..
Menjadi seorang isteri dalam usia yang begitu muda ataupun saya terpaksa melepaskan lelaki sebaik itu berlalu dari hidup saya. Semua ini cukup membingungkan.. Istikharahlah..Dan cinta pada Allah memainkan peranan yang melebihi segalanya..Dan jawapannya seakan ke arah mahligai itu..
Mungkin inilah yang dikatakan indahnya perancangan Allah.. Memilih untuk menjadi miliknya, dalam erti kata suatu hubungan yang halal, yang membenarkan tangannya melindungi saya apabila jauh meninggalkan tanah air tercinta kelak..

Apakah benar ini yang saya mahukan sebenarnya. Ya, memang dahulu saya terlalu ingin terbang jauh dari bumi kedukaan ini tapi bila masanya makin menghampiri, ianya seakan terbelah bagi.. Saya cuba menggali kembali dimana diri saya yang sebenarnya..Ianya jauh tertimbus ke bawah disaat saya jelas hampir kelemasan,.Tapi tangan itu hadir menghulur nusrahnya..Dia sungguh baik dan berbudi..Menanti saya dengan penuh pengharapan untuk diangkat menjadi miliknya..Lalu haruskah saya berbalik kepada hati yang sudah mati? Ya Allah.. aku serahkan segala urusanku kepadamu..Jika itu baik untukku, redhalah aku untuk menjadi miliknya..