Wednesday 20 February 2013

Allah adalah sebaik-baik penilai

Just want to share. Seorang lelaki mempertikaikan agama saya hanya kerana saya menceburi bidang undang2. Betulkan niat dan In sya Allah kita sudah di landasan yg benar sahabatku =)

Saya seorang pelajar undang-undang. Jadi saya banyak menerima pandangan serong daripada masyarakat. Ya. pandangan skeptikal sestengah masyarakat yang mudah melabel peguam sebagai bakal penghuni neraka. Disini saya kemukakan bbrapa hujah.

1) Ini adalah fardu kifayah sahabatku
Alasannya: masyarakat hari ini perjuangkan isu hukum hudud.
Padahal mereka tdak tahu efek yg bakal berlaku. Hudud itu 
adalah hukum Allah. Ya, ia perlu diguna pakai kerana ianya
adalah perintah Allah yg mana jelas terbaik untuk diguna pakai 
oleh masyarakat hari ini. Akan tetapi sekiranya semua muslim 
dan muslimah menolak utk mengambil tempat dlm sistem 
perundangan negara, bagaimana kita mahu mempraktikan 
hukum Allah ini pada masa akan datang? Saya percaya skiranya
majoriti drpada pengamal undang2 adalah orang kafir, mereka 
pasti akan menentang hukum ini drpd dipraktikkan. Jadi, ceburilah bidang ini demi kemaslahatan agama kita.

2) Kepentingan undang-undang dalam kehidupan kita
Sekiranya anda menentang undang-undang sivil, saya cabar anda untk tidak menggunakan undang2 sivil dalam kehidupan anda.
Sekiranya harta anda dicerobohi, jiran tetangga anda disamun. Saya cabar anda untuk tidak menggunakan undang2 sivil kerana sekiranya anda membuat report di balai polis, secara lansung anda akan diadili menggunakan undang2 sivil..Melalui perbicaraan di mahkamah dan diadili oleh hakim undang2 sivil. Jadi sanggupkah anda duduk berdiam diri setelah harta anda dirampas, maruah anda diragut dan tidak cuba mempertahankan hak2 anda? Saya yakin tidak. Jadi usah berbicara kalau ada sendiri tidak memahami fikrah akan sesuatu perkara. Jelaslah undang2 sivil bertindak sebagai pelindung kepada manusia. 

Sebagai muslim, saya akui terdapat bebrpa percanggahan jika dirujuk kepada Islam tetapi biarlah ianya ditanggung oleh penggubal undang2 tersebut yang tidak mempraktikkan undang2 islam dalam negara. Kita wajar mengikutinya selagi mana kita tidak mencadangkan rang2 yg bercanggah dengan Islam. Seseorg itu tidak akan menanggung dosa yang dilakukan oleh seorg yang lain.

Jadi, saya juga bercadang utk mengambil undang2 syariah juga nanti. Justeru itu, bolehlah dibuat keseimbangan antara keduanya dan memilih yang terbaik. Untuk melabel seseorang yg jelas berjuang untuk agama rasanya tidak perlu. Beradalah di tempat kami dan saya yakin anda sendiri tidak kan sanggup menanggung kepayahan dalam menceburi ilmu ini. Hanya betulkan niat dan in sya Allah akan dipermudahkan segala urusan. 
#Aku tidak pernah gentar bila dibenci manusia. Janganlah Allah yang membenciku =)



                                            May Allah SWT ease my journey. Insyaallah =)


Sunday 20 January 2013

Disebuah persimpangan ini..

Assalamualaikum..

Hidup makin terasa makin sukar untuk dijalani..Bila kita berhadapan dengan keadaan yang memaksa kita memilih sesuatu yang begitu penting dalam kehidupan.. Sumpah pada saat ini saya benar2 keliru..
Menjadi seorang isteri dalam usia yang begitu muda ataupun saya terpaksa melepaskan lelaki sebaik itu berlalu dari hidup saya. Semua ini cukup membingungkan.. Istikharahlah..Dan cinta pada Allah memainkan peranan yang melebihi segalanya..Dan jawapannya seakan ke arah mahligai itu..
Mungkin inilah yang dikatakan indahnya perancangan Allah.. Memilih untuk menjadi miliknya, dalam erti kata suatu hubungan yang halal, yang membenarkan tangannya melindungi saya apabila jauh meninggalkan tanah air tercinta kelak..

Apakah benar ini yang saya mahukan sebenarnya. Ya, memang dahulu saya terlalu ingin terbang jauh dari bumi kedukaan ini tapi bila masanya makin menghampiri, ianya seakan terbelah bagi.. Saya cuba menggali kembali dimana diri saya yang sebenarnya..Ianya jauh tertimbus ke bawah disaat saya jelas hampir kelemasan,.Tapi tangan itu hadir menghulur nusrahnya..Dia sungguh baik dan berbudi..Menanti saya dengan penuh pengharapan untuk diangkat menjadi miliknya..Lalu haruskah saya berbalik kepada hati yang sudah mati? Ya Allah.. aku serahkan segala urusanku kepadamu..Jika itu baik untukku, redhalah aku untuk menjadi miliknya..







Thursday 13 December 2012

Terima Kasih Kerana Meninggalkanku


Assalamualaikum. Hi semua!

Aku dah cuba memyimpan rapi semua kenangan lalu sebaik mungkin disudut hati yang paling dalam. Tapi perbualan dengan seorang Akhwat membuat aku mengingati semuanya kembali..

"Lia! Aku rasa hanya kau yang dapat pujuk dia. Dah teruk kami tengok keadaan dia.. Dia macam tak nak hidup dah". Diorang bercakap  tentang Sarah (bukan nama sebenar ). Dia nak bunuh diri sebab teman lelaki dia dah tinggalkan dia untuk perempuan lain. Aku mengetap bibir. Serius budak ni..Haishh

Aku menghampirinya dan memegang bahunya lembut." Sarah.. Adakah Sarah mahu tinggalkan kami semua hanya kerana lelaki yang tidak ikhlas mencintai Sarah?".
"Lia, kau tak paham aku atau kau tak pernah rasa sakit macam mana aku rasa. Kau tak tahu Lia!"
Dia membentak aku seolah aku tak pernah kecewa. Rasa sakit macam yang dia rasa hanya kerana aku sentiasa tersenyum dalam hari2 aku tanpa berkata banyak. Pernah jugak orang cakap aku tak minat jantan sebab aku tak pernah layan jantan. Selama ni aku diam, tapi hari ni aku hamparkan semua sakit aku agar Sarah mengerti segalanya. Itu niat aku.

Aku tersenyum menatap muka Sarah yang dapat aku tengok matanya bengkak, mukanya sembab. Kau cakap aku tak pernah rasa sakit macam kau? Ya..memang aku tak pernah sakit macam kau sebab aku pernah LEBIH sakit dari kau Sarah..

Aku cintakan dia. Malah kalau kau ada time tu kau dapat tengok betapa aku cintakan dia..Tapi dia tinggalkan aku macam kain buruk. Aku perjuangkan segalanya demi dia..Aku menentang semua yang menghalang kami. Sehingga aku dapat rasakan setiap saat urat nadi aku sentiasa memanggil nama dia..
Aku sabar walaupun aku tahu dia banyak kekurangan. Sebab aku ikhlas mahukan dia. Dia selalu ada dalam sujud aku, setiap doa aku sebab aku benar mahukan dia menjadi imam aku.

Dia tingggalkan aku tanpa berkata apa2. Macam tu je,.Dia tukar contact number biar aku tak boleh contact dia..Cuba kau bayangkan dia yang hampir 3 tahun menjadi dahan tempat aku bertaut, tinggalkan aku sekelip mata tanpa berkata apa-apa.. Aku masuk wad, aku menangis setiap malam sampai mata aku bengkak.. Aku tak boleh tidur sebab aku sangat rindukan dia. Aku pergi tempat pertama kali kitaorang jumpa. Kau tahu..dataran tu dah sunyi..Aku cuba cari wajah dia disebalik kenangan di dataran tu. Dia tak ada. Aku tunggu dia dalam hujan..Bodoh kan aku?

Lepas 6 bulan aku tunggu dia.. Ada sorang akak ni mesej aku kat fb..Aku cuba stalk wall dia..Aku rasa nak mati bila aku tengok gambar lelaki tu bersama dia. Lelaki yang setiap malam aku mengharap agar dia kembali pada aku, sedang bahagia tersenyum disisi perempuan lain. Aku menangis lagi macam nak gila. That girl, marah2 aku macam aku rampas yang dia punya.Macam2 dia kata kat aku.. Aku cuba sabar dan sabar..Aku mesej kat no lama laki tu.. Aku suruh dia kata kat perempuan tu yang aku terhengeh2 kan dia..Aku berkorban untuk dua orang..Untuk lelaki yang aku cintai dan untuk perempuan yang ternyata tak mampu hidup tanpa laki tu. Kalaupun ada yang merana,itu adalah aku..Laki tu senyap, tak balas apa2 pun..Baik kan laki tu..Aku siap komen kat pic diorang.."So sweet you are, bila nak makan nasi minyak and banyak lagi..Tiap2 malam aku tatap gambar diorang..Dalam hati aku sumpah aku doa biar mereka bahagia..Tiada apa yang mampu membandingkan aku dengan dia. Aku tidak punya apa-apa. Sedangkan perempuan tu hampir sempurna.

Bila besday dia..aku beli sepotong kek and tepat 12 am, aku celebrate sorang2..
Dalam hati aku..Awak,,selamat hari lahir..Saya doakan moga awak bahagia di sana..
Dan aku berjuang habis2 dalam SPM.. dan sekarang..I'm a lawyer to be..
Disebalik kejayaan seorang wanita, dia pernah gagal dalam percintaan..

Ya Sarah..Aku memang cintakan dia,, Tapi dia tak hargai cinta aku.. Pengorbanan aku..Dan sekarang aku tengok dia bahagia sangat..Bukan salah aku, diorang dah putus dan perempuan tu dah kahwin sekarang..Dan dah bahagia..Kitaorang macam kakak n adik..Tapi aku masih single..Dah hampir 3 tahun, tapi aku masih rasa kesakitan dulu..Aku masih dengar record suara dia..Video2 aku buat untuk dia..Surat2 dia..Aku tolak 3 lelaki yang merisik aku sebab aku dah tak ada hati..Sampai ada yang mandram aku biar gilakan dia..Kau ingat aku pengsan tiba2 dalam kelas tu sebab aku tak cukup tidur? Biar aku sakit macamanapun, takkan aku serahkan cinta aku buat lelaki yang tidak aku mahukan dia menjadi imam aku..Akhi aku..Aku teruskan hidup aku, melangkah dengan tabah seolah aku tak pernah rasa sakit..Tetapi, mereka semua lupa bahawa aku masih seorang wanita yang dilahirkan lemah tetapi kuat di satu sisi yang tidak mungkin orang lain dapat melihatnya. Hawa memang dijadikan daripada rusuk kiri Adam tetapi Mariam tidak memerlukan lelaki untuk melahirkan Nabi Isa. Sungguh Allah memuliakan wanita di satu sisi paling istimewa. Antara jelas dengan kabur. Aku mengkaji setiap apa yang dirancangkan oleh Allah..

Aku katakan ini semua padamu sahabatku agar kamu mengerti bahawa:
Walau sehebat wanapun cintamu pada dia, jika Allah katakan TIDAK maka kamu tidak akan bersatu dengannya..Aku rasakan bahawa akulah wanita yang paling menderita padahal aku tahu dengan cara ini Allah lebih menyayangiku..
Aku tidak mengharapkan agar dia menyesal kerana meninggalkanku, malah aku hanya mahu dia bahagia..Bila aku teringatkan apa yang dia buat pada aku, cepat2 aku menghadiahkan al fatihah untuk dia moga Allah menghapuskan semua dosa dia..

Dan kau tengok aku menasihati wanita2 yang pernah terluka bukan kerana aku nak orang tengok aku baik..Sebab aku tak nak orang lain rasa sakit yang aku rasa..Korang ada aku, bahu untuk korang bersandar tapi aku dulu hanya ada aku..Tak ada sape nasihatkan aku dan ajar aku cara untuk bangkit.. Aku belajar sendiri bila aku jatuh.. Sampai sekarang, bila aku cuba untuk tidur, dan lupakan segalanya, aku dapat rasa airmata aku menitis. Untuk duka 3 tahun yang lalu..Dan aku jadi wanita yang lebih tabah.








Ditujukan buat semua teman2 yang tengah frust or pernah frust. Saya menjadi pemerhati, tapi bukan bermakna saya tidak mengerti..Doaku selalu untukmu teman
Hayatilah kata-kata ini :
kita hilang seseorang..tp jangan sampai kite hilang diri sendiri..
tak de sapa yang boleh bantu kite melainkan diri kite sendiri.

so true..apa yang die buat kat kita adalah semangat untuk kite bangkit..think..apa guna dia???dia just tahu men
yakiti ..jadi dia langsung tak berguna pada kita..

jangan lihat apa yang diA BUAT melemahkan semangat kite..dunia kite belum berakhir..kite kena bangkit..prove to him/her that you are okay even you are alone..

belajar jadi sombong sikit.
tanam kat dalam diri..

"hari ini kau buat aku.hari ini kau buat aku nangis.hari ini kau nampak aku macam longkang. jangan terkejut if one day nanti..kau yang nangis.orang buat kau.and aku akan buat kau nampak aku macam bidadari.aku akan tunggu detik itu.masa itu akan tiba.serius."

kau yang pernah melukakan hati..lihat aku yang tetap gagah berlari..maaf..kaki mu terlalu kecil untuk membuat aku mati!

Dan terima kasih kerana meninggalkan aku. Kau ajar aku untuk jadi wanita yang kuat. Kau bagi aku kekuatan untuk aku menolong Izzah2 yang lain dengan kesakitan yang kau bagi pada aku..Boleh saja Allah takdirkan aku dengan kau, tapi Allah mahukan lelaki yang jauh lebih baik dari kau untuk aku. Dan aku juga bukan wanita yang sempurna untuk jadi milik kau. Sekali lagi aku ucapkan terima kasih!








Thursday 15 November 2012

Hijrahkan Aku


Assalamualaikum and Hi semua..

Salam Maal Hijrah! 

Hijrah. Memang banyak pandangan dan deskripsi tentang hijrah.  Philosopher omputeh dengan teorinya sendiri, tapi bagi saya dalam kata mudah kita berubah dalam sesuatu keadaan yang asal kepada sesuatu keadaan baru yang lebih baek..Dalam zaman moden kini kita tidak perlu berhijrah seperti Nabi Muhammmad s.a.w dan kaum Ansar lagi. (okeh nak more info kena rujuk ustaz n ustazah la ye haha)

Tapi  sempena Maal Hijrah kali ni saya nak share beberapa penambahbaikan yang saya rasa saya perlu berhijrah demi kebaikan diri saya. ***** sesetengah dari tu terpaksa dirahsiakan coz terlalu peribadi =)

First, dalam konteks seorang hamba kepada Ya Rabb. Saya janji tak akan pernah ada lewat solat lagi ( waa kantoii ) , sentiasa berusaha menjadi muslimah yang solehah, kikis semampu mungkin sifat mazmumah dan tingkatkan amalan seharian ( banyaknya janji  haha)

Then, dalam konteks seorang anak saya akan mencuba menjadi anak yang ‘lebih’ mendengar kata, sentiasa taat pada ayah dan mama, dan sematkan nasihat mereka selalu dihati.. Dun worry  angels, I will always make both of u proud for having daughter like I am.

Juga, dalam perspek seorang pelajar, saya akan selalu mempertingkatkan kualiti diri, mempelajari ilmu demi kemaslahatan masyarakat, and for my lecturer, saya janji tak akan main game motor lagi time ur lecture haha ( p/s boley pakai ke kali ni ? haha)
Dan akan cuba berjimat. No more wasting. No shopaholic. InsyaAllah.

Moga saya sentiasa istiqamah dalam penghijrahan ini. 

"Istiqamahkan aku dalam perubahan ke jalan yang lebih diredhai ini. Bisikkan aku untuk terus memelihara auratku dengan hijab yang menjadi pentarbiyahku Ya Rabb agar aku persembahkan yang seindahnya buat akhiku nanti. Hulurkan nusrahMu tika aku tergapai dalam mencari kekuatan agar aku tidak mudah tewas di tangan mereka yang ingin  melihat aku tersungkur jauh dari jalanMu..“ Ya Allah, jangan tinggalkan aku walau sesat dari pemeliharaanMu..Aku memerlukanMu dalam setiap nadi urat nafasku.."




Monday 12 November 2012

Alhamdulillah


Assalamualaikum. Hi semua.

Alhamdulillah and arigato!
Tu  aje yang mampu saya cakap. Nape? Haa. Meh sini nak cakap sebab result saya dah keluar untuk sem ni. Alhamdulillah. Saya lansung tak expect dapat anugerah dekan untuk sem ni..I mean, at least dapat 3.00 tapi tak sangka dapat dean list plak. I’m happy. Yala, sapa tak hepi kan..Bila doa+ usaha kita ternyata tak sia2 dimata Allah. Terima kasih Ya Rabb =)

Saya memang sangat berdebar bila kawan2 heboh dok habaq pasal result. Bila Nadia col tanya result, Liyana Izzati dah tau result malatop dia, saya jadi tak keruan. Ya Allah, aku perlukan kekuatan. Apa saja, aku terima.

Laju jer tangan capai laptop. Okeh. Terpampang result depan mata. Betul ke ni. Ehh aku mimpi ke ni? Wehh betul ke ni result aku? Woow.. ase saya nak menjerit dan meraung satu dunia bagitau saya tengah bahagia. Alhamdulillah. Saya willing tak tidoq ( tipula, tidoq 2 jam je almost sehari ) memang berbaloi. Stress dengan test, assignment bagai nak meletop otak. Satu benda korang kena tahu yang test budak foundation law ni memang vital giler. Mana taknya, carry mark memang mempengaruhi peratus yang besar dalam result. So, benda paling ciput yang buat dalam kelas semua tu markah! ). Bare in mind…
Dengan carry mark LAW 016 yang ciput dan hampeh giler memang tak expect lansung akan dapat A. Paper  Science Computer yang susah tahap gaban tuh tak expect dapat luar jangkaan. Kalau ingat balik, memang saya stress sangat2 time final exam dulu. Start minggu study week,  there’s no playing time for me.  Sampaikan  roommate saya mengeleng  setiap kali tengok saya yang non stop study. Memang selalu tampal ‘koyok’ kat kepala, pening sangat2. Memang stress sangat dan pernah ada niat nak berhenti. Tambah2 lagi bila dapat offer dari SPA. Serius. Memang tak ada masa fun kalau jadi budak law. Tapi, kalau sekali kitaorang fun, budak OM pun kalah uolls. Haha.



# kena carry buku2 yang memang tebal sangat. So, bahu mau kuat. Jiwa mau kental maa..



Saya akui..Bila kita menuntut ilmu ni, kita tak boleh jauh dari Allah. Sebab dia sumber kekuatan kita. Tambah2 bila amik course susah ni. ( semua course susah kalau main2 )

Law is not just about memorizing. It’s a facts and opinions that we lay out in terms of argument. 

Ada orang tu, bila berdebat, berhujah memang hebat. Semua mata tertumpu padanya. Huhh speaking die siyes malatop! Tapi bila time Islamic  Studies, jatuh doom! ke bumi. Kenapa? Sebab tak boleh bace al- Quran.Bagi saya, saya tak tabik pada orang macam ni. Tapi saya tabik dengan orang yang berilmu dan sentiasa merendah diri.  Berjalan berdabik dada, tak pandang budak course lain. Sombong. Angkuh. Riak.  Seorang perempuan tanya saya, betul ke saya budak law. Saya tanya kenapa. Dia cakap biasanya budak law sombong.  Okeh saya cakap kenapa mesti kita sombong dengan orang. Di mata Allah kita sama jer. Dan, belum tentu kita jadi apa yang kita idamkan. Bila2 masa Allah boleh tarik nikmat yang Dia pinjamkan.  Daan saya percaya, ilmu Allah tidak akan lama dengan orang2 yang munafik.
Bukan berlagak bagus. Kalau kita nak maju, kita kena berani bongkar kelemahan dan cari solusi terbaik. Inilah  hakikat yang kita perlu akui. Alhamdulillah, geng2 saya dapat semuanya cemerlang walaupun tak semuanya dapat dekan.
Saya tahu, ada yang target dekan tapi tak ada rezeki, cuba lagi next sem. Ingat, Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar. Kejayaan  atau kegagalan, kesenangan mahupun kesempitan semua tu ujian hidup. Move on. Bersyukur dengan rezeki Tuhan.  Kalau dulu orang hormat dan takut pada samseng tapi sekarang tak lagi. Orang akan hormat  pada orang yang berilmu dan berakhlak. Memang tak rugi jadi orang baek..  Dan lagi beruntung kalau jadi insan yang sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan. ( sorry if  it is sound like I’m preaching  haha )






# sedia Neobun 'koyok' berkotak2.. Really works during final examination.